.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, April 23, 2009

Liberalisasi : 30% Kuota Bumiputera Mansuh.


27 sektor kecil perkhidmatan diliberalisasikan dengan syarat pegangan ekuiti 30% bumiputera dimansuhkan dan ini  dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.

Dengan langkah ini kerajaan menjangkakan lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding hanya 11% daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion pada tahun 2008.

27 subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan,pelancongan, kesihatan dan sosial, pengangkutan, sukan dan rekreasi, perniagaan, sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Untuk rekod sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 % merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.Sektor ini juga mewakili 57% dari jumlah pekerjaan di Malaysia.Dari segi eksport pada 2008, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion manakala import berjumlah RM99.8 bilion.


sumber : The Star Online

              Utusan Online



2 comments:

Basuh Baju said...

so apa pndgn azhar ttg isu ni? adakh ia bagus ataupun tidak?

azhar said...

ada pro dan kontra..

Langkah menghapus kuota sedikit sebanyak memudahkan pelabur menanam modal di Malaysia..memenuhi pelbagai syarat umpamanya kuota 30% bumiputera semacam mewujudkan tingkat birokrasi..

Pertambahan pelaburan melalui FDI sedikit sebanyak membuka peluang pekerjaan baru kepada warga Malaysia & meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk lebih berdaya saing Bumiputera perlu sedikit dibiarkan dalam persaingan terbuka.

Adakah Bumiputera sudah bersedia kearah ini??

Diharap dasar ini tidak muktamad dan kajian tentang keberkesanan dasar ini keatas ekonomi bumiputera wajar dibuat untuk beberapa bulan atau beberapa tahun akan datang..

rujukan