.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, December 3, 2009

Model Ekonomi Baru





Memiliki KDNK perkapita nominal sekitar RM27,000(USD7,900) , Malaysia dikatakan terperangkap di dalam ekonomi berpendapatan sederhana .

Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di Persidangan APEC 2009 November lalu di Singapura berkata beliau akan mengumumkan satu Model Ekonomi Baru bagi malaysia pada hujung tahun ini .

Model Ekonomi Baru ini dikatakan akan memberi fokus kepada peningkatan produktiviti bukan sahaja melibatkan sumbangan pekerja di dalam kerja lebih masa tetapi dari segi tambah nilai dalam inovasi dan kreativiti.

Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara yang di pengerusikan oleh Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.Fungsi Majlis ini adalah menasihati kerajaan di dalam membentuk model ekonomi baru yang berteraskan inovasi , kreativiti dan nilai tambah yang tinggi selaras dengan strategi untuk melonjakkan ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.


3 comments:

Motivasi Kerja said...

Saya benar-benar berharap andai ada pelan ekonomi baru rakyat tidak lagi terperangkap dalam perancangan ekonomi yang akhirnya menyusahkan rakyat juga.

azhar said...

Mungkin tidak ada yang baru dalam Model Ekonomi Baru kerana ia adalah sekadar memenuhi cabaran di dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.

Jika kita lihat cabaran ke 6 di dalam wawasan 2020 iatu :

MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.

Untuk mencapai wawasan 2020 Malaysia perlu menjadikan sains dan teknologi sebagai salah satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi.

Tugas berat kerajaan masa kini adalah membangunkan keupayaan warga malaysia yang berkebolehan dalam teknologi masa depan dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

Anonymous said...

sokong azhar...tak di nafikan negara maju yg terus maju menekankn penguasaan ilmu,inovasi dn R&D secara menyeluruh dlm menguasai sosial ekonomi manusia tetapi malaysia sepatutnya mangambil kesempatan menjadi peneraju pemain teknologi di kalangn ngra2 islam.Untuk menjadi lebih menarik,kita mesti ada teknologi yg berdaya tahan dan pengetahuan,bagi merencana..pengurangan kos hidup manusia dlm perbagai aktiviti ekonomi... dlm bentuk rangkaian yg menyeluruh supaya dlm masa yg panjang dari hasil pendapatan yg berlebihan akn memberi ruang kepada produk2 berinovasi baru

rujukan