

MF Global, yang dikendalikan oleh bekas gabenor New Jersey dan bekas Naib Pengerusi Goldman Sachs Group Inc, Jon Corzine,melaburkan AS$6.3 bilion dalam bon Eropah terutamanya di negara Itali, Sepanyol ,Belgium,Portugal dan Ireland dalam usaha meningkatkan keuntungan kerana bon-bon ini menawarkan pulangan yang tinggi berbanding Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat . Dalam situasi semasa , ramai pelabur beranggapan bahawa negara- negara eropah ini akan berdepan kemungkiran pembayaran kepada pemegang bon.
MF Global telah melaporkan kerugian sukuan terbesar pada bulan lepas , hasilnya agensi-agensi penarafan kredit telah menurunkan penarafan MF Global dan akhirnya mengakibatkan penyusutan dalam harga sahamnya sehingga 66%.
Keadaan itu menyebabkan rakan perniagaan MF Global hilang keyakinan kerana mungkin perlu menyuntik lebih banyak wang untuk menjamin kelangsungan hayat syarikat itu.
MF Global telah mengalami kekurangan tunai dan mula mencari pelabur dan pembeli dari luar, tetapi tiada alternatif muncul sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh pengawal selia kewangan.