.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, February 27, 2009

Rayuan kepada Politikus-Politikus Malaysia


Berpolitik yang tidak berkesudahan di Malaysia membuatkan Anas Zubedy mengeluarkan iklan satu halaman penuh di akhbar The Star 26/02/2009(muka surat 37)merayu kepada para pemimpin negara ini supaya mengetepikan perebutan kuasa dan menumpukan perhatian pada keperluan rakyat serta ekonomi.

Anas percaya sebahagian besar rakyat Malaysia juga berkongsi sentimen yang sama.

Sebahagian petikan dalam iklannya:

"Our concern today is not who rules the country or heads the state governments but the looming bad economy."


"Barisan Nasional, please stop any attempts to take over PR states and win over PR’s lawmakers. You have proven your point with Perak. The nation can wait for the next general elections if they want your party. Focus all your talent, energy and hard work in steering the country out of an economic downturn. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and smart and give you their support in the next elections."


"Pakatan Rakyat, please stop your attempts to take over the federal government and persuade BN’s lawmakers to join you. Stop all legal proceedings, no more 916 and let go, just let go. The nation can wait till the next general elections if they want change. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and gracious and give you their support in the next elections."


Untuk artikel penuh iklannya boleh la ke blog anas....klik di sini


Aku juga berkongsi rasa yang sama,Tahniah Anas .


Tuesday, February 24, 2009

Turun lagi : OPR 2% , SRR 1%


Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari(MPC) hari ini memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2%.Keperluan Rizab Berkanun(SRR) juga diturunkan daripada 2% kepada 1% berkuat kuasa 1 Mac 2009.


Kenyataan Bank Negara mengenai Dasar Monetarinya :

Persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa menjadi bertambah buruk pada suku tahun baru-baru ini. Ekonomi negara perindustrian utama sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk, manakala pertumbuhan ekonomi negara serantau pula menjadi perlahan dengan ketara. Aktiviti perdagangan, pengeluaran dan pelaburan di rantau Asia telah terjejas dengan ketara akibat kemerosotan mendadak permintaan global. Kemelut pasaran kewangan antarabangsa juga semakin berlarutan. Walaupun banyak negara telah melaksanakan langkah-langkah rangsangan untuk menangani kelembapan ekonomi, hasil yang diharapkan masih belum dicapai. Risiko terhadap prospek ekonomi global yang lebih rendah juga semakin meningkat.


Ekonomi Malaysia telah terjejas dengan ketara oleh perkembangan global ini. Eksport dan pengeluaran perindustrian negara telah menguncup dengan nyata, sementara aktiviti pelaburan swasta menjadi semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila perusahaan perniagaan bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan mereka. Sentimen pengguna turut terjejas oleh keadaan pasaran pekerja yang semakin lemah. Oleh itu, keadaan ekonomi dalam negeri dijangka terus mencabar dalam suku-suku yang akan datang atas sebab kemelesetan ekonomi global dijangka berlarutan. Sungguhpun perkembangan ini telah meningkatkan risiko kemerosotan ekonomi negara pada tahun ini, prospek pemulihan ekonomi kekal teguh apabila keadaan global menjadi stabil, memandangkan ekonomi negara tidak menanggung beban hutang yang tinggi, di samping mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan kedudukan luaran yang memuaskan.


Dengan trend inflasi yang menurun, dasar makroekonomi akan dijuruskan ke arah menyokong permintaan dalam negeri sehingga ekonomi global menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Langkah-langkah tambahan akan diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan akses kepada pembiayaan akan berterusan dan kesan kelembapan ekonomi terhadap golongan tertentu yang terjejas akan dapat dikurangkan.

 

sumber : Bank Negara Malaysia

Friday, February 20, 2009

Harapan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2


Warga Malaysia masih menantikan "bajet Mini" atau pakej rangsangan kedua yang dijangka akan dibentangkan di parlimen pada 10 Mac 2009 ini.Pakej rangsangan ekonomi pertama yang diusulkan kerajaan dahulu masih belum menampakkan sebarang kesan positif dalam membantu persekitaran ekonomi semasa.Berdasarkan keadaan ekonomi semasa , kelembapan ekonomi dunia dijangka mengambil masa lebih lama untuk pulih, iaitu selepas 2010 berbanding jangkaan sebelum ini antara pertengahan 2009 atau awal 2010. 

Pakej rangsangan kedua pula dijangka akan lebih besar dan menyeluruh daripada Pakej Rangsangan pertama bernilai RM7billion yang diumumkan pada November tahun lepas.Jumlah yang lebih besar diperlukan kerana negara hanya bergantung kepada perbelanjaan domestik untuk memastikannya dapat mengharungi kemelut ekonomi semasa.Keadaan menjadi lebih kritikal kerana ketidaktentuan ekonomi dunia apabila kebanyakan syarikat-syarikat di dunia amnya dan di Malaysia khasnya  mulai melaksanakan pembuangan pekerja secara besar-besaran.Ekonomi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun terjejas teruk, sekali gus memberi kesan terhadap eksport Malaysia.Untuk itu kerajaan perlu terus melabur untuk memastikan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja sekali gus meningkatkan agregat permintaan pengguna.

Bagi pakej rangsangan ekonomi kedua ini ,fokus juga seharusnya diberikan kepada sektor pertanian kerana ia memberi banyak peluang kepada rakyat termasuk industri, selain faedah berlipat ganda kepada kerajaan.Peruntukan besar untuk pelan rangsangan kedua ini kemungkinan akan menyaksikan defisit bajet akan meningkat melebihi 3.6% seperti yang diunjurkan kerajaan dalam Bajet 2009 lepas.Projek-projek kerajaan yang mempunyai impak berganda kepada rakyat seharusnya diutamakan disamping bantuan kepada golongan yang telah diberhentikan kerja.Inisiatif kepada industri kecil dan sederhana(IKS) serta kepada syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos juga perlu.

Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran bahawa unjuran kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2009 yang telah dibuat sebelum ini pada kadar 3.5 % akan disemak semula dengan mengambil kira permintaan ke atas eksport negara yang berkemungkinan besar terjejas teruk akibat kelembapan ekonomi dunia.


Beberapa petunjuk ekonomi:

1.Jika diteliti ,penurunan eksport negara begitu ketara untuk 3 bulan terakhir 2008 iaitu -2.6%(oktober) ,-4.9%(november) dan -14.9%(Disember).

2.Bagi tempoh yang sama, indeks pengeluaran perindustrian (IPI) juga merosot -2.8%(oktober), -8.2%(november) dan -15.5%(disember).

3.Jumlah pemberhentian pekerja yang direkodkan bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 10,277 sementara itu mereka yang terlibat di bawah skim pemberhentian sukarela (VSS) adalah seramai 4,207.

4.Kedudukan Indeks Komposit di Bursa Malaysia masih di paras rendah sekitar pada 900 mata.



Di sebalik ini semua,Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

1.Rizab antarabangsa negara yang meningkat kepada AS$91.3 bilion dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh.

2.Tahap hutang tidak berbayar(NPL) juga rendah sebanyak 2.2 %.

3.Paras tabungan kasar negara kekal tinggi pada kadar 37% daripada KDNK 2008.



Tuesday, February 17, 2009

Individu-indivdu Terkaya di Malaysia




Malaysian Business mendapati jumlah kekayaan dimiliki 40 individu terkaya Malaysia telah susut RM75.6 bilion(43%) kepada RM96.30 bilion setakat 16 Januari 2009.

Malaysian bussiness juga mendedahkan bahawa separuh dari mereka merekodkan penurunan 50% kekayaan dengan hanya 14 orang bergelar bilionair, berbanding 19 orang billionair pada tahun lepas.

Muka baru dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia adik beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng juga balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua. 

Senarai 10 teratas dan nilai kekayaan :

1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) - RM26.6 bilion

2.T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM20.1 bilion

3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) -  RM8.15 bilion

4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) -  RM7.4 bilion

5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM4.5 bilion

6. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM3.5 bilion

7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC corporation Berhad) - RM3.2 bilion

8.Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) - RM1.8 bilion

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Kumpulan Rimbunan Hijau)  - RM1.6 bilion

10.Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Corp)  - RM1.4 bilion




Tuesday, February 10, 2009

BSA Malaysia-China





People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia mengumumkan pewujudan pengaturan swap mata wang dua hala. Pengaturan ini bertujuan menggalakkan perdagangan dua hala dan pelaburan bagi pembangunan ekonomi kedua-dua buah negara.

Pengaturan ini akan memperuntukkan sejumlah RMB80 bilion atau RM40 bilion selama 3 tahun dan tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.


sumber:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1764〈=bm


Pengaturan swap atau Bilateral Swap Arrangement(BSA) merupakan satu kemudahan bantuan kecairan serantau yang melibatkan 13 bank pusat negara anggota ASEAN+3 di bawah Inisiatif Chiang Mai, yang membolehkan negara-negara anggota mendapatkan bantuan swap jangka pendek dengan serta-merta sekiranya menghadapi masalah kecairan sementara atau masalah imbangan pembayaran.





Monday, February 9, 2009

Berzakat mengikut tahun Hijrah atau tahun Masihi?


Tahun 1429 H telah sebulan berlalu.Baru minggu lepas aku berkesempatan ke pejabat Pusat Pungutan Zakat kelolaan Majlis Agama Islam Johor .Ini adalah kali pertama aku ke pejabat tersebut.Sebelum ini , setiap tahun aku akan menunaikan tanggungjawab berzakat di Bank Islam yang berhampiran.

Seperti biasa pegawai di Pusat Pungutan Zakat tersebut akan mendapatkan sedikit maklumat tentang diri pembayar zakat,jumlah bayaran dan tahun kiraan haul.

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pegawai tersebut,tahun hijrah atau masihi masing-masing boleh digunakan untuk kiraan haul.Terpulanglah kepada pembayar.

Sedikit kemusykilan timbul.Setahun hijrah dan setahun masihi bilangan harinya berbeza.Setahun hijrah 354 hari dan setahun masihi pula 365 hari , iaitu tahun hijrah lebih pendek 11 hari.Jika zakat dikira mengikut tahun masihi dalam masa 31 tahun , setahun hijrah akan diabaikan,tiada zakat yang dibayar.Bagaimana pusat zakat boleh membenarkan perbezaan ini??Tiada jawapan diberikan oleh pegawai tersebut pada aku,hanya senyuman(kelat je..).


Wednesday, February 4, 2009

Bukan sekadar rangsangan fiskal dan monetari - Nazir Razak


Kerajaan perlu menunjukkan kepimpinan ekonomi yang melangkaui langkah rangsangan fiskal ortodok dan monetari,kata Ketua Pegawai Eksekutif Bumiputra-Commerce Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak.

"kegelinciran ekonomi global yang utama sekarang ini dan pengukuhan pembinaan semula menyediakan bukan sahaja cabaran yang teruk malah juga peluang yang besar.Krisis ekonomi global memberikan impak buruk ke atas ekonomi dunia yang sebenar. Ia bukan sahaja satu lagi kelembapan ekonomi, malah krisis ini telah mengoncang orde ekonomi dunia yang utuh.Sambil rangsangan fiskal dan monetari menyediakan satu rangsangan yang sementara kepada ekonomi, kita juga memerlukan kepimpinan yang strategik dan proaktif untuk memajukan kedudukan ekonomi relatif Malaysia di dalam orde dunia baharu yang bakal muncul dari krisis itu",katanya kepada selepas mesyuarat agung luar biasa Bumiputra-Commerce Holdings semalam.

Cara-cara untuk menghadapi kelembapan ekonomi semasa ulasan Nazir :


1.Semakan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk melihat bagaimana ia merencatkan perpaduan nasional, pelaburan dan keefisienan ekonomi dan membangunkan satu rangka yang baru dan relevan bagi pembuatan dasar ekonomi.

2.Malaysia juga perlu menggunakan Timur Tengah, China dan India kerana kemungkinan berlaku pemindahan kuasa ekonomi yang pantas ke kawasan berkenaan berikutan krisis ekonomi global.Malaysia sepatutnya mengeksploitasi kelebihan komparatif yang unik di segi hubungan sosial dan geografi dengan ekonomi berkenaan.

3.Menjalin semangat bekerjasama dengan ahli akademik, perniagaan dan perkhidmatan awam untuk membangunkan dan melaksanakan pelan pembangunan nasional.

4.Kerajaan perlu juga memajukan satu rangka insentif dan peluang pelaburan bersama yang jelas bagi mengambil kesempatan peluang pengambilalihan di seberang laut yang dapat mengisi jurang tradisi penjenamaan dan pengedaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

5.Pasaran buruh yang lemah di negara maju merupakan satu sumber bagi mendapatkan bakat untuk bekerja di Malaysia dengan penekanan khusus untuk mengisi jurang di dalam sektor pendidikan untuk menambah baik pengajaran mata pelajaran utama, terutama sekali bahasa Inggeris dan Mandarin.



rujukan