.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009




Bajet 2009 yang bertemakan "Kerajaan Prihatin" dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermatlamat menjana pertumbuhan ekonomi negara kerana pelbagai insentif yang disediakan akan meningkatkan perbelanjaan bolehguna rakyat dan pelaburan swasta.3 strategi utama digariskan iaitu menjamin kesejahteraan rakyat,membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh dayatahan negara. Ini semua bagi menghadapi keaadaan inflasi yang tinggi dan kesan daripada kelembapan ekonomi global ke atas pertumbuhan ekonomi negara.


Bajet ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, terutama yang berpendapatan sederhana apabila kerajaan mengurangkan cukai pendapatan individu dengan menaikkan rebat cukai dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah, memberi pengecualian cukai ke atas simpanan dan beberapa barang makanan. Pengurangan cukai import beberapa barang pengguna dapat mengurangkan harga keperluan asas terutama makanan, sekali gus meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan inflasi.


Insentif yang diberikan kepada rakyat dan sektor perniagaan dalam bajet 2009 akan memastikan pelaburan dan perbelanjaan domestik tidak akan terjejas. Bajet 2009 berjumlah RM207.9 billion menyaksikan defisit fiskal diunjurkan lebih tinggi iaitu sekitar 3.6% .Defisit ini masih terkawal kerana anggaran pertumbuhan ekonomi negara dijangka berada pada 5.4%.

Sesuatu yang dianggap mustahak di dalam bajet ini adalah langkah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.Perbelanjaan tambahan bagi pembangunan projek prasarana, terutama yang berkaitan dengan pengangkutan awam seperti pembinaan landasan rel tambahan di beberapa tempat di Lembah Kelang dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas serta Ipoh-Padang Besar bakal merancakkan lagi sektor pembinaan.


Apa yang paling" istimewa" di dalam bajet 2009 ini adalah kerajaan secara terus memperuntukan bajet yang agak besar bagi penduduk sabah dan Sarawak iaitu RM3 billion bagi Sabah dan RM3.3 billion Bagi Sarawak.
Secara keseluruhan Bajet 2009 adalah baik tetapi apa yang penting kini adalah perlaksanaannya. Kerajaan perlu bertindak segera dalam melaksanakan perancangan ekonomi kerana amat sukar untuk menentukan keadaan persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah.


Friday, August 22, 2008

Bajet 2009 - Perkara yang dijangka diberi fokus

Bajet 2009 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Badawi pada 29 ogos 2008.Disebalik kekangan inflasi disebabkan kenaikan kos sumber tenaga dan bahan makanan,pembangunan harus diteruskan,rakyat mesti diberi keselesaan mungkin ada perkara-perkara yang dijangka menjadi fokus.





1.Perbelanjaan operasi kerajaan mungkin menjadi lebih tinggi berikutan peningkatan dalam kos, terutama bagi pembinaan projek pembangunan manakala dijangkakan defisit fiskal kembali melebar melebihi 3.2%.





2.Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi insentif dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman modal dan menikmati insentif cukai yang menarik.





3.Syarikat-syarikat pengeluar rokok pula menaruh harapan agar kerajaan sedia mempertimbangkan untuk mengenakan cukai tembakau yang 'seimbang' .
Langkah itu penting kerana peningkatan cukai tembakau akan hanya mendorong berlaku penyeludupan rokok dan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil.





4.Orang ramai meminta kerajaan bertindak serius meningkatkan kualiti pengangkutan awam terutama di bandar-bandar bagi mengurangkan beban kewangan rakyat ekoran kenaikan kos bahan bakar. Sesuai dengan peningkatan harga minyak mentah yang menjerut golongan berpendapatan sederhana yang rata-ratanya mempunyai kenderaan sendiri, perancangan pembangunan pengangkutan awam yang lebih efisyen adalah perlu.Mengimbau belanjawan tahun lalu yang memperuntukan kira-kira RM12 bilion untuk penambahbaikan sektor pengangkutan awam, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila rakyat kebanyakan mempersoalkan pembaharuan yang telah dilakukan kepada sektor tersebut dan sehingga kini gagal menampakkan perubahan.



5. Kerajaan harus memberi definisi baru bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK).Berdasarkan kiraan pada tahun 2005,PGK purata untuk seluruh Malaysia adalah RM691 bagi keluarga seramai 5 anggota.Diharap tafsiran kemiskinan diberi wajah baru dan progarm pembasmian kemiskinan diperluaskan kepada lebih ramai warga malaysia.





6.Kadar caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan bagi membolehkan masyarakat memiliki lebihan pendapatan yang boleh digunakan bagi menjalani kehidupan seharian.



7. Mengurangkan cukai pendapatan individu kepada maksium 25% seperti yang dinikmati oleh warga korporat, rebat cukai dan pemberian beberapa insentif serta pelepasan cukai yang lebih tinggi.



8.Kerajaan juga diharap untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan baru dengan cara melonggarkan syarat kadar yang patut dikenakan cukai seperti pendapatan pertama sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 tidak akan dikenakan cukai.








9.Elaun sebanyak RM300 yang kini diterima oleh golongan pekerja orang kurang upaya (OKU) dinaikkan.Bantuan warga emas melalui Jabatan Kebajikan masyarakat yang kini sebanyak RM300 juga dinaikkan.





10.Peruntukan tambahan kepada sektor pertanian terutamanya kepada sektor tanaman padi.





11.Bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang ibubapa atau penjaga berpendapatan RM1500 sebulan dan kurang.




12.Sedikit kelonggaran ke atas peralihan modal asing keluar masuk negara, monopoli-monopoli dalam sektor telekomunikasi , kewangan dan bahan makanan perlu diberi perhatian ke arah mewujudkan pasaran yang lebih terbuka.



13.Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang pernah diutarakan sedikit masa dahulu perlu diberi tarikh akhir bagi komuniti peniaga bersedia .GST bertujuan meningkatkan kadar pematuhan pembayaran cukai, sekali gus menambah jumlah kutipan hasil kerajaan kerana ia lebih menyeluruh, cekap, telus dan berkesan.

Wednesday, August 13, 2008

Gold Investment Account - Public Bank







Ini aku cuba nak promosikan kepada korang salah satu produk simpanan & pelaburan yang berada di pasaran iaitu Gold Investment Account(GIA) diperkenalkan oleh Public Bank.



Produk ini memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan Public Bank membuat simpanan bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk emas.Tiada sebarang dividen atau bonus diberikan kepada pemegang akaun,tetapi segala harga dan keuntungan adalah berasaskan naik turun harga emas semasa.Emas yg dijual adalah Emas 999 ,24Karat.



Kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke Public Bank yang berhampiran dan buka akaun GIA ini.Pelaburan awal adalah dengan membeli 20 gram emas berdasarkan harga semasa.Semasa artikel ini ditulis,harga semasa 1 gram emas adalah :



Harga Jual : RM88.84 (Harga bank jual kepada anda )

Harga Beli : RM85.84(Harga bank beli daripada anda)


Berdasarkan harga di atas sebagai permulaan modal yang diperlukan untuk membuka akaun GIA :


20 gram X RM88.84=RM1776.80


Di dalam buku akaun GIA nanti akan dicatatkan jumlah emas yang telah dibeli(dalam gram) .Pelaburan tambahan minimum adalah 5 gram.Korang juga boleh menjual emas yang telah dibeli pada bila-bila masa berdasarkan harga semasa seperti di atas.


Emas secara fizikal juga boleh dituntut jika mahu dalam nominasi 100 gram , 5oo gram dan 1000 gram.


Secara amnya, Biar pun banyak lagi produk-produk pelaburan berasaskan emas lain , aku melihat GIA ini satu produk yang sangat praktikal & murah .Sesiapa sahaja boleh menyimpan melaluinya.Jadi,mulakan langkah pertama melawan inflasi dengan memiliki akaun pelaburan emas GIA Public Bank hari ini.


Sunday, August 10, 2008

INFLASI : Fahami & Selamatkan diri anda

Kerja,kerja,kerja.Cari duit la.Hari ni beli barang RM1.Esok harga barang tu dah jadik RM1.50.Pelik la.Siapa yang suka-suka naik kan harga barang tu.Kalau tak naikkan harga tak boleh ke ? Kalau semua barang dalam dunia nie tak naik harga sampai bila-bila kan ke bagus.



Mustahil berlaku.Kenapa mustahil ? Sebabnya kita guna "kertas yang diberi nilai" ( wang Nota ).Apabila makin banyak "kertas" di dalam pasaran mengejar barangan atau perkhidmatan yang terhad,barangan atau perkhidmatan itu akan meningkat harganya.Inflasi jenis ini dipanggil Inflasi Tarikan Permintaan.


Kenaikan mendadak harga petrol dan diesel baru-baru ini meyebabkan Inflasi Tolakan Kos. Kenaikan kos pengeluaran disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti kos pengangkutan, jika kos pengangkutan meningkat maka kos perkhidmatan atau barangan juga meningkat.Secara tidak langsung peniaga akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.Harga barangan yang tinggi ini tidak dapat ditanggunggung lagi oleh kocek pengguna lalu masing-masing menuntut kenaikan gaji kepada majikan masing-masing.Kenaikan gaji menyebabkan sekali lagi Inflasi Tarikan Permintaan berlaku.Keadaan diburukkan lagi dengan rebet tunai yang diberikan oleh kerajaan.Subsidi Petrol lebih berkesan diberi petrol,tidak kepada nilai wang.



Satu lagi perkara yang menyebabkan inflasi adalah disebabkan bekalan wang.Wang boleh dicetak seberapa banyak yang dimahukan.Ia hanya kertas yang diberi nilai.Mengambil contoh Negara seperti Amerika Syarikat yang telah terlebih cetak wangnya dipercayai sehingga USD3 trillion.Huuuii...!!!Banyak tu.Amerika sebuah negara bankrap sebenarnya.Nilai matawangnya masih laku kerana sistem perdagangan dunia masih menggunakan Dollar.Permintaan terhadap Dollar yang masih tinggi menyebabkan nilainya masih baik.



Bagaimanakah sepatutnya respon kita terhadap inflasi ??



1.Ada yang cakap,bila inflasi ini dilihat dari sudut Malaysia,dasar-dasar kerajaan yang ada sekarang gagal merakyatkan ekonomi .Mereka mungkin bermaksud menukar kerajaan yang ada sekarang.Tepuk dada,tanya selera.



2.Dalam ekonomi terbuka ,reflex dari kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat terhadap Malaysia tidak dapat dielakkan.Kempen " buy America's last "seharusnya disemarakkan.Kalau pun terpaksa membeli barangan buatan Amerika biarlah setelah tiada pilihan lain.



3.Belilah barangan buatan tempatan.



4.Jika dahulu ke mana-mana pun menggunakan kereta.Biar pun seorang diri.Mulakan langkah beralih kepada menggunakan motosikal atau pengangkutan awam jika munasabah.



5.Membeli mengikut keperluan.Sebagai contoh menbeli sebuah jam tangan.Jika berhasrat membeli jam tangan untuk melihat waktu dan tarikh,kekalkan pendirian.Jangan membeli jam yang mempunyai fungsi-fungsi lain seperti suhu,tekanan atmosfera dan lain-lain fungsi jika difikirkan ia tidak memanfaatkan.Ini kerana dengan membeli jam yang mempunyai pelbagai fungsi secara warasnya harganya pasti mahal jika dibandingkan dengan jam tangan fungsi masa dan tarikh sahaja.



6.Jika seminggu sekali makan diluar,ubah cara hidup.2 minggu sekali atau sebulan sekali.



7.Mula menggunakan teknologi terkini penjimatan.Umpamanya mentol watt rendah,alat penjimat petrol kereta atau alat penstabil elektrik.



8.Menanam tanaman atau sayuran disekitar rumah jika ada kawasan tanah.Tanaman atau sayuran yang dirasakan sesuai seperti serai,pandan dan cili.



9.Membeli secara bijak.Umpamanya ubat gigi bersaiz 250g berharga RM3.60 manakala ubat gigi bersaiz 500g RM6.50.Lebih jimat dan bijak membeli ubat gigi bersaiz 500g.



10.Pelbagaikan aset.Simpan wang di ASB ,Unit Trust , Gold Account , Tabung Haji , Rumah ,Tanah ,Saham , Sijil Simpanan Premium , insuran .



11.Mula membuat perancangan kewangan.






















Monday, August 4, 2008

Malaysia maju 2020 tidak akan tercapai ?



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kemungkinan usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 terjejas.Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Pembangunan Menyeluruh dan Peranan Kerajaan pada Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia yang turut dihadiri Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Peningkatan harga minyak dan bahan binaan dewasa ini sedikit sebanyak membantutkan perjalanan projek-projek pembangunan yang telah dirancang.Ada yang terpaksa dikaji dan ditangguhkan.Penanda aras untuk mencapai negara maju ialah pertumbuhan negara harus berada pada kadar 6 % setahun secara berterusan.Apabila kurangnya projek pembangunan maka kuranglah kadar pertumbuhan tahunan.

Wawasan 2020 adalah satu misi negara ,warisan Tun Mahathir yang dilihat mampu membawa Malaysia sebaris dengan negara maju lain ditempa mengikut acuan kita sendiri.Semoga dasar-dasar kerajaan selepas lebih berkesan dan bijaksana agar harapan tidak tinggal harapan.

sumber : Mingguan malaysia 03/08/2008

Friday, August 1, 2008

Kadar Faedah Kekal




Bank Negara Malaysia pada 25 Julai 2008 membuat keputusan mengekalkan kadar faedah,berlawanan dengan jangkaan ia akan dinaikkan berikutan kenaikan mendadak kadar inflasi yang mencecah 7.7 % bulan lalu.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu dalam mesyuaratnya mengekalkan "Overnight Policy Rate" (OPR) pada paras 3.5 % dikatakan bagi mengelak daripada berlakunya gangguan terhadap asas ekonomi negara.

"Dalam tempoh 12 bulan akan datang, meskipun risiko inflasi yang lebih tinggi dan risiko pertumbuhan lebih rendah akan meningkat, perhatian segera harus diberikan untuk mengelakkan kelembapan ekonomi yang akan mengakibatkan pengangguran yang lebih tinggi.

"Pertumbuhan yang perlahan dengan sendirinya akan membendung kemungkinan berlakunya kesan kenaikan harga pusingan kedua terhadap inflasi dan seterusnya membendung kenaikan harga pada separuh kedua 2009," kata Bank Negara dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Bank Negara menjelaskan, ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi menggalakkan pada separuh pertama tahun ini, tetapi dalam tempoh 12 bulan akan datang, ia dijangka berdepan tempoh lebih mencabar kerana risiko inflasi lebih tinggi dan pertumbuhan lebih perlahan meningkat dengan lebih ketara.Penilaian menunjukkan pertumbuhan global akan menjadi lebih perlahan dengan kelembapan lebih nyata dan berpanjangan di beberapa negara maju, dan pertumbuhan lebih sederhana di negara sedang pesat membangun.Pada masa sama,harga komoditi dan tenaga dijangka kekal pada paras yang tinggi, lantas meningkatkan inflasi dalam ekonomi global.

Berdasarkan senario itu, Bank Negara menjangkakan inflasi akan kekal pada paras yang tinggi pada separuh kedua tahun ini dan awal tahun depan sebelum menyederhana menjelang pertengahan 2009.


Bank Negara turut mengunjurkan purata inflasi bagi tahun 2008 akan berada dalam lingkungan 5.5 peratus hingga 6.0 peratus dan menegaskan bahawa dengan kekuatan asas sedia ada, serta sektor perbankan yang berdaya tahan, ekonomi Malaysia berpotensi kembali mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam jangka sederhana.

Sumber: Berita Harian Online

rujukan